Google+

Tempat untuk berkongsi resepi

Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga myresipi.com.



oleh: hamzan Pasta berkrim pedas.

Pasta_lemak_brkrim

...resepi omputih yang ditokok tambah jadi melayu...sebab kalau ikut sangat resepi dorang tak berapa lalu nak makan....


Created on : 19-04-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi hamzan




Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Sebungkus pasta.(sukati-yang macam kuey tiaw, yang macam lidi, yang mcam kerang...)
  • Butter untuk menumis.(diulangi butter saja..bes)
  • Isi ayam dan udang.(pastikan banyak sikit-jangan kedekut..skali skali)
  • 2 ketul kiub ayam knorr.
  • 1 liter air.
  • 1 cawan susu uht dan 1 cawan krim pekat dalam kotak macam susu uht tuh.
  • 2 biji bawang holland.(bawang besar kuning)hiris bulat2.
  • 4 biji tomato.(potong dadu)
  • 4 sudu tepong gandum.
  • Parutan cheese cheddar.
  • 10 biji hirisan cili hijau besar.
  • 5 biji hotdog.(digoreng kecil2-trikan untuk budak2 makan, gaul bila nak hidang)
  • 4 sudu cili sos kimball.
  • Serbok lada hitam dan garam(rasa dulu mungkin kiub ayam tu dah cukup masin)

Cara-cara

  1. Pasta direbus dalam air mendidih 6 minit atau lebih atau hingga lembut.
  2. Tumis bawang holland dengan butter, biar agak kekuningan baru masukan ayam dan udang. Kacau2 bagi masak.
  3. Kemudian masukan tepong, gaul mesra, tuang air dan bubuh kiub ayam knorr...bila dah agak2 nak pekat baru tuang susu dan krim.
  4. Masukan tomato, kemudian cheese. Buboh cili sos dan kacau mesra.Rasa garamnya dan boh serbuk lada hitam. Bila kuah dah pekat baru masukan pasta yang dah dituskan terlebih dahulu.
  5. Kemudian baru gaul dengan cili besar hijau dan hotdog..untuk budak2 asingkan dulu sebelum boh cili.
  6. Masa anda buat kuah mungkin anda rasa kuahnya banyak dan tak padan dengan pasta ...jangan risau, sebab kuah tersebut akan melekat likat pada pasta macam gam disebabkan krim dan tepong tadi.
  7. Mungkin bagi sesetengah orang tak berapa suka pasta sebab ia tak berperisa pedas macam goreng mee. Nak buat pasta macam goreng mee tak kene gayanye..hamba dah buat..tak bes. Jadi caranya ikut resepi dorang dan tokok tambah agar lidah kita dapat terima dan tak muak bila makan berkrim nih.
  8. Disebabkan resepi nih asal italy maka sangat elok dimakan tika nengok valentino rossi berlumba kat moto gp...maaf gambar kurang memuaskan kerana amik dengan kamera tipon nokia 3310 je...

Tag

pasta

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd