Google+

Tempat untuk berkongsi resepi

Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga myresipi.com.



oleh: Amyza0206 Wadai kepeng

Img_1130

resepi peninggalan arwah mak


Created on : 22-08-2013

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Amyza0206




Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 500 g tepung pulut
  • 3-4 helai daun pandan
  • 1/2 seketul gula melaka atau 2/3 cawan gula merah (ikut citarasa masing-masing kalo nak manis lebihkan)
  • 1 kotak kecil santan kotak atau 1 cawan santan kelapa (original)
  • air sekucupnya (ada setengah nak pekat sikit saja air diperlukan tapi kalau cair sikit pun sedap)
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil vanila esen

Cara-cara

  1. uli tepung pulut dengan air sehingga menjadi doh (kalau ada yang pernah buat kueh buah melaka , caranya hampir sama). Agak-agak boleh cubit. Jangan lembik sangat.
  2. Sediakan talam dengan ditaburkan tepung kering (sebarang tepung supaya adunan tak melekat )bentukkan sedikit demi sedikit tepung mengikut saiz duit syiling 20 sen. tekan dengan jari pada setiap bentuk tadi sehingga menjadi seolah-olah kepingan duit syiling 20 sen. letakkan ke atas talam yang bertepung tadi.
  3. Sementara siap membentukkan ulian anda, bolehlah sediakan air rebusan untuk merebus ulian tadi. Pastikan mendidh dahulu dan masukkan satu persatu ulian sehingga ia naik ke permukaan air rebusan (ini maknanya tepung tu dah masak)
  4. dalam periuk berasingaan, rebus secawan air dengan daun pandan. Masukkaan sedikit santan sehingga mendidih sedikit, masukkan gula melaka /gula merah sampai sebati
  5. Kini bolehlah anda masukkan tepung pulut yang telah masak. Perlahankan api takut pecah minyak, nanti tak sedap. Pastikan anda sentiasa gaul perlahan-lahan
  6. Masukkan sedikit garam untuk ada rasa lemak-lemak manis dan lastly masukkan vanila esen

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd