oleh: kak fida ♥Bubur Lemak Udang™

Bubur_enak

Hari ni tk berapa sihat,selain msk nasi dan lauk utk famili,msk juga bubur utk diri sendiri...tapi...yg sihat pon kesedapan mkn bubur. Bubur ini juga sesuai utk bulan puasa nnti.


Created on : 30-07-2008

Bahan-bahan ( 1 famili )

  • 2 cwn beras
  • 1/2 kilo udang - kupas kulit dan bersihkan
  • 1 cwn santan
  • 6-10 ulas bawang kecil *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 hiris halia *
  • 2 batang serai - dititik
  • minyak utk menumis
  • daun sup, daun bawang dan bawang goreng utk tabur
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada putih serbuk

Cara-cara

  1. Beras dimasak dgn secukup air hingga menjadi bubur.
  2. Kisar bahan2 *
  3. Dalam periuk yg berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai hingga wangi.
  4. Masukkan udang dan gaul rata. Masukkan juga santan dan sedikit air lagi. Masak hingga mendidih.
  5. Tuang campuran santan dan udang ke dlm bubur nasi dan tambah garam dan lada putih serbuk secukup rasa,gaul hingga rata dan sebati dan masak hingga mendidih sekali lagi.
  6. Hidangkan bubur dan tabur dgn bahan2 taburan.